Hoki: Menang atau lupakan Olimpik Paris

Hoki: Menang atau lupakan Olimpik Paris

KAPTEN Skuad hoki negara, Marhan Jalil(dua dari kiri) memberi asakan kepada pemain Great Britain pada aksi Kumpulan A Kelayakan Sukan Olimpik Paris.-IHSAN FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suka atau tidak, perlawanan menentang Pakistan pada esok merupakan peluang terakhir buat skuad hoki Malaysia untuk mencerahkan peluang ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Begitupun Malaysia perlu mengatasi beberapa kemungkinan untuk ke temasya sukan terbesar dunia itu iaitu pertama mengatasi Pakistan melebihi dua gol, dan seterusnya mengharapkan Great Britain membelasah China lebih daripada tiga gol.

Atas kertas, Malaysia berada di ranking lebih baik daripada Pakistan iaitu di tangga ke 14 dunia, dua anak tangga mengatasi pasukan Asia Barat itu.

Bagaimanapun itu bukanlah satu kelebihan yang boleh dibanggakan anak buah Arul Selvaraj memandangkan mereka sudah pun ditampar China yang berada di tangga ke 22 dunia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A tempohari apabila tumbang mengejut 2-3.

Kali terakhir Malaysia membuat perhitungan dengan Pakistan ketika penentuan tempat kelima/keenam Sukan Asia Hangzhou Oktober lalu yang berpihak kepada Pakistan dengan keputusan 5-2

Sekiranya Malaysia tumpas pada perlawanan esok, Speedy Tiger terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Olimpik Paris 2024 sekaligus menyaksikan kemarau skuad hoki negara terus kemarau untuk beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu.

Bukan sahaja perlu menang, anak-anak buah Arul Selvaraj juga perlu meledak gol sebanyak mungkin sebagai bekalan seandainya perkiraan jumlah jaringan akan menjadi penentu untuk menduduki tangga kedua kumpulan.

Dalam masa yang sama, Speedy Tigers juga mengharapkan Great Britain berjaya menumpaskan China dalam perlawanan terakhir, sekali gus membuka semula peluang untuk ke separuh akhir aksi kelayakan.

Bagi ketua jurulatih hoki pasukan kebangsaan, Arul Selvaraj tetap meletakkan harapan untuk Malaysia melangkah ke separuh akhir dengan syarat mengatasi Pakistan dalam perlawanan berikutnya.

“Walaupun kita tewas 4-1, jaringan gol itu amat penting untuk dibawa ke perlawanan menentang Pakistan sebab di kedudukan sekarang kita mempunyai -4, Pakistan mempunyai -3, dan China mempunyai -1.

“Pasukan China akan beraksi dengan pasukan Great Britain, jaringan gol juga akan menentukan tempat kedudukan China nanti. Kita harus menang dengan pasukan Pakistan untuk membawa diri ke separuh akhir.

“Perlawanan menentang Great Britain, semalam, kita harus bermain dengan taktikal yang berdisiplin tinggi supaya kita dapat memberi cabaran untuk mendapatkan kemenangan atau seri.

“Kita cuba dalam dua suku yang pertama, banyak corak permainan bertahan telah diterapkan, kita berjaya mendapat satu jaringan dan keputusan seri 1-1 di separuh masa pertama.

“Tetapi bermulanya separuh masa kedua, nampak kepantasan pemain-pemain Great Britain yang menunjukkan mereka berada di kelompok 1,2,3 dunia. Kepantasan mereka menghantar bola panjang dan juga kemahiran nampak ketara.

“Setelah situasi 3-1, kita harus menukar sedikit taktikal play kita dan cuba menguasai masa supaya tidak melepaskan lebih banyak jaringan sebab jaringan akan menentukan kita bila kita bermain dengan pakistan supaya.

“Esok (semalam) hari berehat, jadi pemain akan gunakan hari berehat. Ada sedikit kecederaan jadi diharap pasukan perubatan kita dapat membawa kembali pemain-pemain tersebut untuk beraksi lawan Pakistan,” kata Arul.

Dalam pada itu, Arul berkata, pemain dan barisan kejurulatihan juga akan melakukan ‘post mortem’ perlawanan lawan Great Britain selain mempersiapkan pasukan dan melihat analisis video untuk bertemu Pakistan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya