Dron Houthi kali kedua langgar kapal milik AS di Teluk Aden

Dron Houthi kali kedua langgar kapal milik AS di Teluk Aden

PEMBERONTAK Houthi melepaskan peluru berpandu anti-kapal ke arah kapal pemusnah USS Laboon (DDG-58) di Laut Merah pada 14 Januari lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Dron pemberontak Houthi berjaya melanggar sebuah kapal yang dikendalikan Amerika Syarikat (AS) di Teluk Aden, semalam, menurut Komando Pusat AS (Centcom).

Ini menandakan kali kedua pada minggu ini kumpulan pemberontak yang disokong Iran itu berjaya menyasarkan kapal AS.

Menurut kenyataan Centcom, tiada siapa yang cedera di atas kapal tersebut selain kapal mengalami beberapa kerosakan. 

Malah, jelas kenyataan itu lagi, kapal berkenaan yang mengibarkan bendera Kepulauan Marshall, kekal berlayar dan meneruskan perjalanannya.

Jurucakap Houthi bagaimanapun mengaku bertanggungjawab di atas serangan itu dan mereka berkata, mereka melancarkan beberapa siri peluru berpandu ke kapal AS berkenaan.

Isnin lalu, peluru berpandu balistik anti-kapal Houthi mengenai sebuah kapal yang dikendalikan AS di kawasan laluan yang sama.

Kejadian itu adalah kali pertama sejak Houthi mula menyerang laluan perkapalan antarabangsa pada pertengahan November lalu dan berjaya merempuh sebuah kapal komersial yang dimiliki serta dikendalikan oleh AS.

Awal minggu ini, Jabatan Pengangkutan AS mengeluarkan amaran kepada kapal-kapal dagang AS dan menasihatkan mereka supaya menjauhi bahagian selatan Laut Merah sehingga diberitahu kelak.

Pegawai menasihatkan bahawa walaupun keputusan akhirnya terpulang kepada syarikat dan kapal individu, namun, adalah disyorkan kepada mana-mana kapal komersial bendera AS dan milik AS mengelak kawasan itu sehingga diberitahu kelak.-CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya