Enam maut, 26 cedera serangan bersenjata di utara Mexico

Enam maut, 26 cedera serangan bersenjata di utara Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Sekurang-kurangnya enam orang maut dan 26 lagi cedera dalam serangan bersenjata yang berlaku di bandar utara Sonora di Mexico.

Lapor Agensi Anadolu, ketika kejadian, tiga lelaki bersenjata melakukan serangan semasa mangsa berhimpun di sebuah kediaman di bandar Cajame.

Pendakwa raya Sonora, Gustavo Salas Sanchez berkata, sebelum ini waran tangkap dikeluarkan bagi lima daripada enam mangsa yang terbunuh.

Jelas beliau, siasatan sudah dilancarkan berhubung kejadian itu.

Katanya, kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perselisihan faham antara kumpulan samseng.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN