Wanita Keadilan lancar Kempen #SayangiDiri

Wanita Keadilan lancar Kempen #SayangiDiri

FADHLINA Sidek merasmikan Kempen "Sayangi Diri" pada Kongres Nasional Tahunan Wanita Keadilan di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kongres Wanita Keadilan Ke-17 hari ini melancarkan Kempen #SayangiDiri sebagai satu usaha menggalakkan wanita di negara ini menjaga kesejahteraan diri dari segi fizikal, mental dan pemberdayaan diri.

Pengarah Kempen yang juga Naib Ketua Wanita Keadilan Pusat, J. Sangetha berkata, penyelidikan saintifik mengenai neuroplasticity dan psikologi jelas menunjukkan, apabila wanita sayangi diri dan menjaga diri sendiri, wanita akan menjadi lebih kuat, sihat dan bertenaga.

Beliau berkata, jika seseorang wanita mempunyai minda, kecergasan badan dan lebih berdaya, maka wanita itu pastinya akan melindungi institusi keluarga dan berjaya membina kepimpinan mereka sendiri.

“Kempen #SayangiDiri tidak akan membenarkan sesekali pun hak dan keselamatan wanita diugut. Setiap wanita berhak hidup dalam keadaan yang selamat.

“Sikap wanita terhadap hak mereka perlu diubah untuk meningkatkan harga diri mereka melalui perancangan, kaunseling, dan kelas pendidikan.

“Langkah itu sekali gus membantu mengurangkan keganasan terhadap wanita. Apabila kita #sayangidiri, kita juga melindungi generasi akan datang dari keganasan domestik,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran kempen itu yang disempurnakan Ketua Wanita Keadilan Pusat, Fadhlina Sidek di sini hari ini.

Orang ramai boleh menyertai kempen itu dengan mendaftar menerusi pautan, https://forms.gle/V8bMuYstW4QcFiSu8. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya