Larian Gemas Warriors Challenge 2023 sasar 500 penyertaan

Larian Gemas Warriors Challenge 2023 sasar 500 penyertaan

gemas
Zulhilmi Marzuki (Kiri) bersama Penolong Pengarah Perancang Bandar, MDT, Mohd Faizal Mohd Yasin menunjukkan poster Gemas Warriors Challenge 2023 untuk pengiat sukan lasak pada 17 Disember 2023 nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Kira-kira 500 peserta sukan lasak larian berhalangan disasarkan menyertai Gemas Warrior Challenge 2023 di Gemas Golf Resort pada 17 Disember ini.

Kejohanan julung kalinya diadakan anjuran Majlis Daerah Tampin (MDT) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) itu bertujuan mempromosi sukan lasak itu dan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini khususnya di Gemas.

Setiausaha MDT, Zulhilmi Marzuki yang ditemui berkata, peserta perlu melalui pelbagai halangan termasuk meredah cabaran berbukit, persekitaran kelapa sawit, memanjat bukit selain menempuh halangan serta berlari sejauh tujuh kilometer.

“Peserta juga perlu melintasi kawasan golf sebelum tiba ke garisan penamat di Gemas Golf Resort.

“Gemas ini cukup dengan pakej pelancongan. Ada penginapan, lokasi bersejarah, tempat riadah, tempat makan, kebudayaan dan warisan yang menjadikannya antara destinasi pelancongan utama di Tampin,” katanya selepas selesai mesyuarat membincangkan produk dan pelancongan Daerah Tampin”.

“Mengharapkan program sulung itu dapat direalisasikan menjadi antara acara sukan lasak komersial yang disertai para peserta seluruh negara,” kata Zulhilmi

Zulhilmi berkata, acara berkenaan terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Wanita melibatkan jarak larian tujuh kilometer (km) dan lima pelbagai halangan menunggu para peserta kelak.

“Setiap kategori menawarkan hadiah tempat pertama hingga kelima. Pemenang tempat pertama bakal menerima wang tunai RM500, tempat kedua RM400, tempat ketiga RM300, keempat RM300, manakala tempat kelima RM100 beserta hadiah iringan.

Katanya, dengan yuran penyertaan hanya RM40, peserta layak menerima baju larian, pingat dan cabutan bertuah. Peserta hendaklah berumur 15 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

“Tahun ini, MDT mewujudkan produk sukan lasak ke Daerah Gemas bagi merancakkan ekonomi dan pelancongan yang terdapat disana.

Ia bagi membudayakan gaya hidup sihat, selain mengisi masa lapang khususnya cuti hujung minggu bersama ahli keluarga,” katanya.

“Tambah menarik, cabutan bertuah menarik turut disediakan untuk pemenang bertuah.,”

“Transnaning Ultra NS Challenge dan Tampin MTB Jamboree Moncheh merupakan program yang berjaya menaikkan nama Daerah Tampin dengan menarik penyertaan dari seluruh negara dan beliau berharap dengan adanya sukan baru ini iaitu Gemas Warriors Challenge mampu menaikkan lokasi baru di Gemas pulak”, katanya .

Gemas juga mempunyai tempat pelancongan menarik antaranya Stesen Keretapi Gemas, Tugu Peringatan Sungai kelamah dan Gua Emas Bukit Jalor untuk dilawati.

Maklumat lanjut, layari laman Log into Facebook manakala bayaran boleh dibuat atas nama NADI MEDIA EVENTS, Maybank 564548155436. atau hubungi Mei 013-3664765, Lee 012-2846811, Zai 012-2526183 dan Mil 017-3395421. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya