Kongres PKR: Perwakilan mahu jawatan naib presiden untuk Sabah, Sarawak

Kongres PKR: Perwakilan mahu jawatan naib presiden untuk Sabah dan Sarawak

Kongres pkr
Gambar duit syiling peringatan sempena dengan ulang tahun Ke-25 penubuhan parti PKR pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Wakil PKR Sawarak mencadangkan supaya dilakukan pindaan pada perlembagaan parti itu untuk menyediakan kuota bagi pelantikan naib presiden dari Sabah dan Sarawak.

Khusyairy Pangkas, dalam perbahasannya di Kongres Nasional Tahunan PKR, berkata di bawah peruntukan semasa, jawatan itu digilir antara Sabah dan Sarawak.

“Majlis Pimpinan Pusat (MPP) harus meneliti perkara ini bagi mencerminkan integrasi antara wilayah dan negeri dalam parti.

“Pertimbangkan untuk mewujudkan jawatan untuk Sabah dan Sarawak, bukan secara bergilir-gilir,” tambahnya.

Pada masa ini, beliau berkata jawatan naib presiden bagi Sabah dan Sarawak diisi oleh Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari.

Kongres yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Presiden PKR.

Menurut Fasal 21 perlembagaan PKR berhubung komposisi MPP, terdapat tiga jawatan naib presiden dengan sekurang-kurangnya satu jawatan akan diisi oleh ahli PKR dari Sabah atau Sarawak. Orang ini dilantik oleh presiden. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.