Dewasa, warga emas berisiko tinggi hidap pneumonia - Utusan Malaysia

Dewasa, warga emas berisiko tinggi hidap pneumonia

ZAMBERI Sekawi (tiga, dari kanan) dalam majlis pelancaran Inisiatif Cegah Pneumonia Pneumokokol (PPP) di Petaling Jaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan dewasa yang mempunyai sakit kronik di samping warga emas dikesan berisiko tinggi dijangkiti radang paru-paru atau pneumonia, selain kanak-kanak.

Statistik mendapati lebih 10 peratus kematian yang dicatatkan akibat penyakit itu adalah dalam kalangan orang dewasa.

Justeru, tidak hairanlah, apabila pneumonia digelar sebagai pembunuh ketiga di Malaysia, sejak lebih sedekad lalu.

Pengerusi Inisiatif Cegah Pneumonia Pnuemokokol (PPP), Prof. Dr. Zamberi Sekawi berkata, selama ini tumpuan lebih banyak diberikan kepada kanak-kanak, hingga seolah-olah terlupa risiko sama terhadap orang dewasa dan warga emas.

Sehubungan itu, beliau menekankan kaedah vaksinasi bagi melindungi kumpulan rentan berkenaan daripada radang paru-paru pneumokokus.

“Usaha kita adalah untuk menjadikan pemberian vaksinasi pneumokokus sebagai standard penjagaan oleh semua profesional kesihatan dan pengambilannya sebagai amalan biasa dalam kalangan orang awam,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran inisiatif itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Bersama PPP, Prof. Madya Dr. Pang Yong Kek berkata, kesedaran masyarakat terhadap vaksinasi pneumokokus kepada golongan sasar masih lagi rendah ketika ini.

Katanya, tinjauan yang dijalankan pada 2021 mendapati hanya 24 peratus responden percaya warga emas memerlukan vaksinasi berkenaan.
“Sudah sampai masanya orang ramai mengetahui yang dewasa berisiko tinggi perlu dilindungi vaksinasi tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN