Skuad kriket perlu ‘pakar’ luar, misi layak ke Olimpik 2028

Skuad kriket perlu ‘pakar’ luar, misi layak ke Olimpik 2028

Skuad kriket wanita negara memulakan kempen Sukan Asia 2022 dengan mengejutkan pasukan No. 22 dunia, Hong Kong di Hangzhou bulan lalu. - IHSAN MCA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tatkala semua mata tertumpu mengenai prospek yang mampu dijelmakan skuasy di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, Persatuan Kriket Malaysia (MCA) turut mencongak strategi untuk menjadi sebahagian daripada kontinjen Malaysia di temasya sukan terbesar dunia itu nanti.

Menerusi mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang bersidang di Mumbai Isnin lalu, badan induk itu bersetuju untuk menyenaraikan lima sukan baru bagi edisi di Los Angeles 2028, dengan kriket akan kembali semula dipertandingkan di temasya sukan itu selepas 128 tahun menerusi acara T20.

Justeru Presiden MCA, Mohammed Iqbal Ali bin Kassim Ali tidak rela untuk melepaskan peluang ini dengan bersedia untuk mendapatkan barisan pakar teknikal luar negara bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Tambahan skuad kriket T20 negara kini berada di kedudukan ke-25 dunia.

Skuad kriket lelaki negara Malaysia.

“Kami sudah lama berbincang mengenainya, sejak 10 hingga 20 tahun yang lalu. Sejak Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998, dan kriket menjadi sebahagian daripada temasya sukan itu, kami telah berkata kepada presiden MOM (Majlis Olimpik Malaysia) ketika itu, Tunku Imran Tuanku Ja’far bahawa kriket akan ke Sukan Olimpik, dan akhirnya ia ada di sana.

“Kami menganjurkan enam hingga lapan kejohanan kriket di dalam negara ini, mungkin tidak akan ada pertambahan, cuma jadual atlet negara selepas ini akan menjadi semakin sibuk sebagai persiapan untuk Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

“Saya rasa kami akan cuba menggunakan kombinasi jurulatih luar negara dan tempatan, kerana kami juga mahu membangunkan jurulatih tempatan. Tetapi saya akui kami amat memerlukan pakar teknikal dari luar negara untuk membantu persiapan kami ke Los Angeles 2028,” jelas Iqbal kepada Utusan Malaysia semalam.

Tambah Iqbal, peraturan untuk Sukan Olimpik adalah lebih ketat berbanding kejohanan kriket yang lain kerana hanya atlet yang memiliki pasport negara sahaja yang layak mewakili negara tersebut di pentas tertinggi itu.

Jika skuad kriket negara layak beraksi di Los Angeles 2028, mereka bakal menjadi sukan berpasukan ketiga Malaysia yang membuat penampilan di Sukan Olimpik selepas hoki dan bola sepak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya