MCA serah memorandum, pertimbang dalam Bajet 2024

MCA serah memorandum untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024 nanti. 

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, memorandum itu berupa cadangan daripada MCA dan ia disediakan oleh Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (Insap).

“Pada 6 September lepas, Insap menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2024 yang turut dihadiri pemain-pemain industri; persatuan-persatuan Cina, warga universiti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“Setiap tahun, MCA dan Insap akan menganjurkan libat urus bersama pihak berkepentingan untuk meneliti secara serius aspek ekonomi negara seterusnya bersama memainkan peranan membantu kerajaan demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya menerusi belanjawan negara. 

“MCA akan terus menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan, memainkan peranan semak dan imbang secara ikhlas serta pragmatik terhadap kerajaan demi kebaikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan memaklumkan, Belanjawan 2024 dijadual dibentangkan Jumaat ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN