MM2H: Kerajaan teliti pendekatan tersusun, berfokus

MM2H: Kerajaan teliti pendekatan tersusun, berfokus

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan meneliti pendekatan yang lebih tersusun dan berfokus bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pilihan pelabur.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (HLC) bagi Program Malaysia My Second Home (MM2H) hari ini, 

Katanya, langkah tersebut penting dalam usaha memperkukuh daya tarikan pelaburan negara pada masa kini.

“Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada pendekatan strategik termasuk penyelarasan dasar, penambahbaikan ekosistem serta pengukuhan penawaran Malaysia supaya lebih kompetitif di peringkat serantau dan global.

“Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha menyelaras dasar, memperkemas ekosistem serta memperkukuh penawaran Malaysia agar lebih kompetitif di peringkat serantau dan global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Tambahnya, usaha berterusan melalui platform HLC itu diyakini mampu meningkatkan keyakinan pelabur serta menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara.

“Insya-Allah, usaha berterusan ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur serta memperkukuh kedudukan ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN