99 Speed Mart taja MPM RM750,000, KHM RM1.2 juta

99 Speed Mart taja MPM RM750,000, KHM RM1.2 juta

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (berdiri dua dari kanan) menyaksikan Majlis Memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) Penajaan 99 Speed Mart kepada MPM dan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).-IHSAN KBS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Majlis Paralimpik Negara (MPM) menerima suntikan tajaan bernilai RM750,000 daripada 99 Speed Mart Sdn Bhd, pengendali rangkaian pasar mini 99 Speed Mart.

Penajaan bagi tempoh tiga tahun itu adalah inisiatif pertama dilakukan 99 Speed Mart bagi merancakkan sukan dan ekosistem sukan dan atlet para negara.

Majlis Memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) Penajaan 99 Speed Mart kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berlangsung hari ini yang turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hannah berkata, tajaan itu dilihat menjadi pembakar semangat kepada atlet para negara yang bakal berjuang dalam membawa nama Malaysia di serata dunia.

Menurutnya, ia adalah satu sumbangan besar sektor konglomerat terhadap usaha membangunkan ekosistem sukan dan atlet para tempatan.

“Kami hargai sumbangan ini kerana ia membantu meringankan beban kerajaan dalam aspek pendanaan sukan negara,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Memetrai Memorandum Persefahaman (MoU) Penajaan 99 Speed Mart kepada MPM dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di sini, hari ini.

Pada majlis sama, 99 Speed Mart turut memberikan penajaan sebanyak RM1.2 juta kepada MHC bagi tempoh selama tiga tahun.

Dalam pada itu, Hannah berkata, 99 Speed Mart juga menawarkan peluang pekerjaan kepada atlet negara yang sudah bersara dan ia satu peluang yang bagus.

Menurutnya, rangkaian 99 Speed Mart mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan 2,400 rangkaian kedai di seluruh negara dan ia boleh dimanfaatkan oleh bekas atlet negara ini.

“Mungkin atlet ini akan pulang ke kampung untuk bersama ahli keluarga dan ini (peluang pekerjaan) adalah salah satu platform kepada mereka.

“Kita mengalu-alukan lebih ramai syarikat lain mencontohi usaha dilakukan 99 Speed Mart untuk membantu sama,” katanya.

Katanya, tajaan yang diterima oleh MPM hari ini bukan untuk Sukan Para Asia Hangzhou 2022 sebaliknya bagi pembangunan atlet para negara.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya