Harimau Muda wajib menang

Harimau Muda wajib menang

PRESIDEN FAM, Hamidin Mohd Amin (baju putih) memberi amanat kepada pemain-pemain B-23 negara menjelang aksi terakhir Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 di Bangkok, malam ini.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu menang ke atas Thailand untuk memastikan tiket automatik ke Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) menjadi milik mereka.

Pertembungan kedua-dua pasukan bagi aksi terakhir Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium Chonburi, malam ini menjanjikan aksi ‘sebenar’ buat kedua-dua pasukan.

Kemenangan berturut-turut dicatat Malaysia dan Thailand dalam dua aksi sebelum ini membuktikan mereka memiliki kekuatan setara, malah kedua-dua pasukan berkenaan belum lagi dibolosi dengan hanya perbezaan jaringan menjadi pemisah bagi kedudukan juara dan naib juara kumpulan.

Bangladesh dan Filipina dijadikan sebagai ‘lubuk’ tiga mata oleh Thailand dan Malaysia namun kini pertemuan mereka boleh dianggap bagaikan bertemu ‘buku dengan ruas’.

Buat anak didik E. Elavarasan untuk memastikan kemenangan menjadi milik mereka, kesilapan-kesilapan mudah perlu diminimumkan, selain setiap peluang keemasan yang hadir harus disudahkan dengan jaringan.

Pemain pertahanan skuad Bawah 23 Tahun (B23) negara, V. Ruventhiran berkata, aksi cemerlang dalam dua perlawanan terdahulu ternyata memberi mereka tonik tambahan untuk mengharungi perlawanan besar menentang Thailand selaku tuan rumah.

“Kami hasilkan keputusan yang sangat baik dan kami juga lakukan persediaan yang sama untuk aksi seterusnya.

“Kami rasak perlawanan ini cukup penting dan sebagai wakil Malaysia, ini adalah derbi yang sangat besar, maka kami mahu melakar kemenangan.

“Hari ini (semalam) pun merupakan persiapan kali terakhir dan kami akan lihat bagaimana percaturan ditetapkan oleh jurulatih. Kami percaya, jurulatih sudah pun memikirkan cara terbaik membantu kami kerana Thailand ialah pasukan yang semua tahu (kuat) dan saya pernah tewaskan mereka dalam Piala AFF.

“Saya yakin, penyokong fanatik Malaysia pun mahu kami ulangi kejayaan itu lagi. Kami akan lakukan segalanya untuk cipta kemenangan dan saya harap semua orang akan beri sokongan dalam perlawanan ini,” katanya.

Tambah tonggak Selangor berpendapat, prestasi semasa skuad negara ketika ini berada di momentum terbaik kerana rekod tidak dibolosi dalam dua aksi sebelum ini.

Pemain berusia 22 tahun itu juga yakin bahawa dia dan rakan sepasukan berada dalam keadaan bersedia 100 peratus dan memiliki persefahaman baik antara mereka untuk menghadapi perlawanan hari ini.

“Sesiapa yang menonton perlawanan esok (hari ini), jangan bimbang walaupun kami dalam situasi sedikit tertekan, tetapi teruskan beri sokongan dan buat yang berada berdekatan stadium, hadirlah untuk beri galakan kerana kami akan buat terbaik untuk negara,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya