Demi Allah, saya tak pernah pukul isteri – Kamal Adli

Demi Allah, saya tak pernah pukul isteri – Kamal Adli

KAMAL ADLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli, 39, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dia mendera isterinya, Uqasha Senrose, 33, sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.

Malah, Kamal memaklumkan dia berani bersumpah yang dakwaan itu sekadar tuduhan yang berniat untuk menjejaskan maruah dan reputasinya.

“Saya sudah dapat menjangkakan yang tuduhan seperti ini pasti akan ditimbulkan. Demi Allah, saya berani junjung al-Quran, bersumpah atas nama ibu ayah yang saya tak pernah pukul Uqasha. Saya tak pernah tumbuk, tarik rambut dia, sama sekali tidak.

“Persoalannya, Kenapa se­ka­rang dia timbulkan cerita-cerita tak betul ini? Mohon tunjukkan bukti yang saya pernah pukul dia. Ini adalah fitnah terhadap saya,” katanya.

Kamal berkata demikian selepas pendengaran sesi jawatankuasa pendamai (JKP) di Mah­kamah Syariah Wilayah Per­sekutuan, di sini pagi semalam.

Kamal dalam masa yang sama mencabar isterinya untuk membuktikan semua tu­duhan yang dibuat Uqasha termasuk dakwaan kononnya isterinya itu mengalami lebam akibat dikasari.

“Buktikan yang lebam pada tubuhnya itu angkara perbuatan saya. Saya berani junjung al-Quran, menyatakan yang saya tidak pukul dia.

“Terpulang kepada dia mahu pusing cerita. Saya cabar dia, bagi bukti forensik, lebam itu kerana dipukul atau disebabkan tahan pukul,” tegasnya.

Kamal dalam pada itu me­ngakui cukup terluka dengan fitnah dan cerita yang diada-adakan, apatah lagi dibuat oleh isterinya sendiri.

“Katanya buat laporan polis, saya juga boleh ambil tindakan yang sama. Saya juga simpan bukti, video dan gambar pasal dia. Tapi saya tak pernah dedahkan.

Apa yang dia lakukan terhadap saya sudah sampai tahap keterlaluan. Saya tersakiti. Tapi saya tetap dengan keputusan untuk pertahankan rumah tangga saya.

“Aib isteri saya simpan, demi Allah saya tak akan canang. Tapi dia, dari awal dulu, bermacam-macam, satu persatu cerita tidak benar dia buka.

“Pasal dia, saya tak cerita, dan tak akan cerita sebab dia masih isteri saya. Saya cuma bersabar apabila dia bercerita macam-macam pasal saya.

“Saya banyak pendam dan simpan perasaan apabila isteri sendiri memburukkan saya, saya masih boleh berdiam. Tapi hari ini saya perlu tegas sebab dia sudah memfitnah saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×