Bagai mimpi menang Mercedes-Benz GLC 300 AMG

Bagai mimpi menang Mercedes-Benz GLC 300 AMG

MOHD. Izham Ahmad (enam dari kiri) bergambar bersama para pemenang pada majlis penyampaian hadiah Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 Casa-i anjuran MBSB Bank di di Mydin Mall, Mutiara Rini Johor Bahru, hari ini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang bekas pembekal buku membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, Mercedes-Benz GLC 300 AMG apabila terpilih sebagai pemenang utama kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 CASA-i anjuran MBSB Bank Berhad, hari ini.

Lai Thong Fat, 67, yang memulakan simpanan modal sebanyak RM10,000 berkata, dia pada mulanya menyangka panggilan yang diterima pada 28 Julai lalu bagi memaklumkan kemenangan itu adalah panggilan daripad scammer.

“Ketika menerima panggilan saya ingat yang menefon itu adalah scammer. Saya terus bercakap akan mengunjungi cawangan bank terdekat untuk membuat pengesahan.

“Selepas dapat pengesahan saya ingat bagaikan mimpi apabila diumumkan memenangi hadiah utama kereta mewah bernilai RM400,000,” kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Thong Fat antara 12 peserta yang diumumkan sebagai pemenang pada majlis penyampaian hadian kempen Simpan Berganda Menang Bergaya (SBMB) 2.0 CASA-i di Mydin Mall, Mutiara Rini di sini hari ini.

Katanya, dia memulakan simpanan minimum berjumlah RM10,000 selepas mendengar nasihat kakak iparnya empat tahun lalu melayakkannya untuk menyertai Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 CASA-i (SBMB 2.0).

Katanya, ketika itu dia membuat perbandingan dengan faedah simpanan dengan bank-bank lain sebelum mendapati MBSB Bank adalah terbaik dengan kadar yang tinggi.

“Seingat saya empat tahun lepas saya membuat penelitian untuk memilih bank mana untuk menyimpan, kakak ipar saya nasihatkan supaya pergi ke MBSB Bank sebab mereka menawarkan kadar faedah simpanan yang tinggi,”katanya.

Sementara itu, Ketua Saluran Pengagihan Cawangan MBSB Bank, Mohd. Izham Ahmad berkata, kempen SBMB 2.0 membuka peluang kepada MBSB Bank meraikan kesetiaan serta kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan menerusi hadiah-hadiah mewah dan menarik.

“Kempen itu mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 70,000 pelanggan membuka akaun baharu seluruh negara.

“Peserta hanya perlu membuka Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Primewin-i dengan deposit minimum sebanyak RM100 untuk melayakkan diri memenangi cabutan bertuah,”katanya.

Kempen SBMB 2.0 yang bermula pada 1 September 2022 dan berakhir pada 31 Mei 2023 mempunyai lapan kategori cabutan iaitu, bulanan, suku tahunan, digital, simpanan baharu, kesetiaan, serantau, khas dan hadiah utama.

Mohd. Izham berkata, sebagai menghargai kesetiaan pelanggan, MBSB Bank merancang akan meneruskan kempen SBMB 3.0 pada masa akan datang dengan menawarkan hadiah-hadiah lebih lumayan. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN