6,620 teks, bahan al-Quran di sita

6,620 teks, bahan al-Quran di sita

Sita al-Quran
SAIFUDDIN Nasution Ismail menaburkan abu al-Quran yang dilupuskan pada Program Pemuliaan al-Quran di perairan berhampiran Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak 6,620 unit teks dan bahan al-Quran dirampas pihak berkuasa Kementerian Dalam Negeri menerusi Operasi (Ops) Mulia pada tiga bulan pertama tahun ini selepas didapati melanggar undang-undang.

Sitaan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan kementerian itu melibatkan pemeriksaan ke atas 1,758 premis di seluruh negara itu dengan nilai penguatkuasaan berjumlah RM378,171.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operasi bertujuan memastikan teks dan bahan al-Quran di pasaran mematuhi piawaian ditetapkan.

“Sebarang perubahan biarpun pada baris atau huruf boleh membawa maksud berbeza dan aspek integriti mushaf perlu dipelihara.

“Dalam tempoh Januari hingga 31 Mac lalu, sebanyak 44 kertas siasatan juga dibuka bagi tindakan lanjut termasuk pendakwaan atau kompaun,” katanya pada sidang akhbar Program Pemurnian al-Quran di sini, hari ini.

Jelasnya, penguatkuasaan tidak terhad kepada bahan bercetak namun meliputi mushaf dalam bentuk digital dan audio termasuk yang dijual di platform e-dagang.

“Semua ini tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa terdiri daripada pakar dan ilmuwan Islam yang menilai kandungan secara menyeluruh. Malah, mushaf yang mempunyai kod bar dipantau bagi memastikan ketepatan dan kelulusan kandungan,” ujarnya.

Tambah beliau, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan selaras peruntukan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, sebanyak 8,672 teks dan bahan al-Quran bernilai RM2.7 juta dilupuskan dalam proses pemurnian melibatkan pelepasan bongkah seberat 1.5 tan ke dalam laut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN