The Cops 'gari' Sang Penyu

The Cops ‘gari’ Sang Penyu

Penyerang Terengganu, Adisak Kraisorn cuba melepasi kawalan pertahan PDRM FC dalam aksi Liga Super, malam tadi.-IHSAN PDRM FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC terus menjadi igauan kepada pasukan besar apabila kali ini berjaya mengikat Terengganu FC (TFC) tanpa jaringan pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Sang Penyu tercicir mata dalam dua aksi berturut turut selepas bangkit mengikat Kuala Lumpur City FC 3-3 minggu lalu tetapi kali ini jentera serangan skuad kendalian Tomislav Steinbrucker ketandusan idea bagi menembusi benteng skuad ‘The Cops’.

Menerapkan taktikal bertahan dan melakukan serangan balas pantas jelas menjadi ‘kunci’ terbaik buat The Cops mencuri mata daripada lawan yang mereka hadapi.

Dalam aksi itu, Terengganu berjaya melakukan beberapa percubaan ke gawang PDRM namun ia belum cukup menebusi gawang yang dikawal penjaga gol PDRM FC, Mohamad Ramdhan Ab Hamid.

Tuan rumah turut mencipta peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi larian solo Kyaw Min Oo namun rembatan leret itu berjaya dinafikan Suhaimi Husin.

Pasukan pelawat yang gagal memasuki kotak penalti tuan rumah memilih melakukan percubaan jarak jauh tetapi masih gagal mengatasi Ramdhan dan keputusan 0-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat memiliki peluang menerusi Sony Norde pada minit ke-60 hasil serangan balas pantas tetapi percubaannya dihalang James Okwuosa.

Pada penghujung perlawanan, PDRM memiliki peluang terbaik untuk memperolehi gol kemenangan namun ketangkasan
Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni melakukan hadangan menggagalkan Muhammad Amirul Wa’ie Ya’acob.

Selepas ini, PDRM akan berdepan Kelantan United di Kota Bharu sementara TFC akan melayan kunjungan Negeri Sembilan FC (NSFC).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN