Mangsa korban ketujuh tragedi kepala air disahkan Putri Balqis Izzati  - Utusan Malaysia

Mangsa korban ketujuh tragedi kepala air disahkan Putri Balqis Izzati 

HANYAN Ramlan menunjukkan gambar Putri Balqis Izzati Abdul  yang merupakan mangsa ketujuh tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Korban ketujuh tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih yang ditemukan  kira-kira pukul 7.45 pagi tadi, disahkan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat mangsa disahkan ahli keluarga mangsa selepas melakukan pengecaman, sebentar tadi.

“Mayat Putri Balqis Izzati, 18, ditemukan kira-kira 24 kilometer dari lokasi kejadian iaitu di sektor B operasi mencari dan menyelamat (SAR), berhampiran sungai di belakang Masjid Kampung Dadong.

“Mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih, hari ini. 

Hanyan berkata, mayat enam lagi mangsa yang telah selesai dibedah siasat akan diserahkan kepada keluarga mangsa, hari ini untuk dikebumikan. 

Enam mangsa lain yang ditemukan sejak Ahad ialah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree Karim,6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4. 

Tiga lagi mangsa yang belum ditemui iaitu, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan tunang kepada Putri Balqis Izzati, iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 hingga 6 petang pada Sabtu lalu, sembilan sekeluarga termasuk seorang bakal menantu ahli keluarga itu dikhuatiri hilang ekoran insiden kepala air berikutan hujan lebat berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya