Komitmen Zurich Malaysia terhadap pelanggan diiktiraf

Komitmen Zurich Malaysia terhadap pelanggan diiktiraf

Zurich Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zurich Malaysia telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah ‘Customer Service Initiative of the Year’ yang berprestij oleh ‘Insurance Asia Awards 2023’, atas dedikasinya dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan terbaik melalui sistem ‘Online Appointment Booking’ yang inovatif.

Majlis anugerah berkenaan yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura pada 27 Julai, mengiktiraf syarikat-syarikat insurans terulung di Asia, yang telah memberikan impak yang signifikan kepada pelanggan melalui
produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang cemerlang.

‘Insurance Asia Awards 2023’ telah menyatukan para peneraju industri, pemimpin berwawasan dan inovator untuk meraikan kecemerlangan dalam sektor insurans.

Berdasarkan proses penilaian yang ketat oleh panel hakim tersohor, anugerah ‘Customer Service Initiative of the Year’ mengukuhkan lagi kedudukan Zurich Malaysia sebagai peneraju dalam industri insurans dan takaful, yang terkenal dengan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.

Selain menyediakan produk-produk terunggul, komitmen Zurich Malaysia terhadap mesej ‘Lindungi Segala Yang Bermakna’ turut merangkumi penawaran perkhidmatan pelanggan terbaik.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan Zurich Malaysia terhadap perkhidmatan yang mudah dan peribadi serta selaras dengan era digital, Zurich Malaysia telah memperkenalkan Microsoft Booking, iaitu satu penyelesaian yang meringkaskan dan memodenkan proses tempahan janji temu dengan pasukan Pengalaman Pelanggan (CX).

Microsoft Booking memperkasakan pelanggan untuk membuat janji temu secara maya dengan mudah, sekali gus menyediakan satu pengalaman yang lancar dan peribadi.

Menerusi platform ini, pelanggan akan dipadankan dengan seorang kakitangan CX berdasarkan lokasi dan pilihan bahasa bagi memastikan setiap interaksi disesuaikan dengan keperluan mereka. Penyelesaian ini boleh diakses secara mudah menerusi laman web Zurich Malaysia, dan menjadi pelengkap kepada MyZurichLife, iaitu portal pelanggan layan diri yang bersepadu.

“Kami amat berbesar hati menerima anugerah ‘Customer Service Initiative of the Year’ oleh ‘Insurance Asia Awards 2023’, mengesahkan komitmen Zurich Malaysia yang tidak berbelah bagi terhadap ‘Lindungi Segala Yang Bermakna’ serta amalan budaya inovasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich
Malaysia, Junior Cho.

“Usaha berterusan kami untuk menaik taraf pengalaman pelanggan membuktikan keprihatinan kami terhadap kakitangan serta pelanggan kami,” katanya.

Sejak memperkenalkan Microsoft Booking pada bulan Oktober 2022, Skor Promoter Bersih Transaksi (TNPS) untuk pertanyaan di cawangan pada suku pertama 2023 telah naik sebanyak 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, retensi polisi telah menyaksikan pertumbuhan tahun ke tahun yang positif sebanyak 11 peratus dalam tempoh yang sama. Pencapaian luar biasa ini mencerminkan komitmen pasukan Zurich CX yang mengutamakan pelanggan serta memperjuangkan kepentingan semua pelanggan sebagai keutamaan.

Zurich Malaysia membezakan dirinya sebagai peneraju dalam industri insurans dan takaful menerusi dedikasi yang konsisten terhadap inovasi dan produk serta penyelesaian yang berteraskan pelanggan.

Dengan berasaskan nilai teras untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik, pasukan CX dilengkapi dengan peralatan dan teknologi yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang tiada bandingan.

Komitmen tersebut membuahkan hasil apabila Zurich Malaysia meraih anugerah ‘CXP Best Customer Experience Awards’ yang berprestij pada tahun 2022, yang meneguhkan komitmen berterusan syarikat untuk menawarkan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN