Isu sawit: Malaysia, EU harus hargai data Global Forest Watch

Isu sawit: Malaysia, EU harus hargai data penebangan hutan Global Forest Watch

sawit
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUAH kelapa sawit dilihat biasa. Ia didatangkan dalam rona merah-oren pekat, kira-kira sebesar biji getah. Walaubagaimanapun, getah kurang mempunyai kontroversi, manakala kelapa sawit yang kecil saiz buahnya mempunyai impak yang besar.

Komoditi ini mendatangkan hasil kepada Malaysia dari segi eksport bernilai RM137.89 bilion yang merupakan lima peratus daripada ekonomi negara, tetapi dengan keuntungan yang tinggi datang tuduhan berkaitan alam sekitar yang serius terhadap minyak kelapa sawit.

Namun industri sedang berubah. Satu kajian penting baru-baru ini dikeluarkan oleh Global Forest Watch, iaitu sebuat platform atas talian yang menyediakan data dan cara untuk memantau hutan, mendedahkan bahawa kawasan hutan tropika sebesar Switzerland telah hilang tahun lalu apabila kehilangan pokok yang berleluasa.

Laporan itu berkata, hutan sebesar 11 padang bola sepak hilang setiap minit pada 2022, dengan Brazil mendominasi ekoran peningkatan dalam pertanian soya dan lembu. Walau bagaimanapun, pengurangan mendadak dalam kehilangan hutan di Malaysia dan Indonesia menunjukkan bahawa pembalikan arah aliran ini boleh dicapai.

Di kedua-dua negara, syarikat kelapa sawit nampaknya sedang mengambil tindakan, dengan kira-kira 83 peratus daripada kapasiti penapisan minyak sawit kini beroperasi tanpa penebangan hutan, tiada tanah gambut dan tiada komitmen kepada eksploitasi.

Berita ini sepatutnya meredakan kebimbangan para pejuang dan aktivis alam sekitar, kerana ia menunjukkan bahawa kerja keras industri minyak kelapa sawit Malaysia dan kerajaan benar-benar mula membuahkan hasil dalam membalikkan penebangan hutan.

Kita patut meraikan berita ini, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Kadar penebangan hutan di Malaysia telah menunjukkan arah aliran yang lebih rendah untuk beberapa ketika. Global Forest Watch sebelum ini melaporkan bahawa kehilangan hutan utama Malaysia menurun sehingga 70 peratus antara 2014 hingga 2020 dan menurut WRI, tahun 2020 adalah tahun ke empat berturut-turut penebangan hutan akibat tanaman kelapa sawit mencatatkan penurunan.

Dengan undang-undang penebangan hutan penting yang diluluskan oleh Parlimen Eropah pada April lalu yang mengharamkan import komoditi ke Kesatuan Eropah (EU) bagi produk yang dikaitkan dengan pemusnahan hutan, oleh itu tidak hairanlah Malaysia telah menyelar EU kerana amalan diskriminasi. Data penebangan hutan baru-baru ini daripada Global Forest Watch menggambarkan EU masih hidup pada masa lalu.

Sebelum undang-undang baharu tersebut diluluskan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada Januari lepas bahawa Malaysia mungkin mempertimbangkan untuk menghentikan eksport minyak sawit ke EU tetapi sejak undang-undang itu diluluskan, Fadillah telah bekerja keras untuk meredakan kebimbangan pihak berkepentingan dalam industri minyak kelapa sawit.

Antaranya, lawatan ke UK awal bulan ini untuk melobi pengiktirafan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam garis panduan yang wajar bagi memastikan komoditi yang lestari memasuki negara, merundingkan penghapusan tarif minyak sawit Malaysia daripada 12 peratus kepada sifar apabila UK masuk ke dalam CPTPP, bertemu dengan Ketua Pengarah Alam Sekitar Suruhanjaya Eropah, Florika Fink-Hooijer pada 28 Jun untuk mengkaji semula penguatkuasaan Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR) dan isu lain yang berkaitan dengan industri minyak sawit.

Pengiktirafan pensijilan MSPO oleh UK adalah penting kerana ia menunjukkan kredibiliti minyak kelapa sawit Malaysia. Pensijilan ini memberi manfaat kepada petani dalam beberapa cara, selain untuk menghasilkan minyak sawit yang lebih “mampan”.

MSPO mempunyai matlamat yang sama seperti RSPO, tetapi ia jauh lebih murah untuk keahlian pekebun kecil berbanding RSPO, yang ditujukan kepada entiti korporat yang lebih besar yang lebih berkemampuan. Kerana itu, MSPO meliputi 96% industri minyak sawit Malaysia, termasuk pekebun kecil.

Petani juga perlu tahu bahawa pensijilan ini memberi mereka akses kepada pasaran premium yang boleh meningkatkan keuntungan mereka dengan margin yang besar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar dengan jiran kita, Indonesia, yang merupakan pengeksport minyak sawit terbesar dunia. Memetik “satu suara” dalam mempertahankan pengeluaran minyak kelapa sawit, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Anwar menyatakan komitmen mereka dalam melindungi kepentingan pemain industri besar dan kecil pada satu sidang media bersama semasa lawatan Jokowi ke Malaysia awal bulan ini.

Usaha seperti ini daripada kerajaan perpaduan harus diiktiraf dan disokong oleh semua pihak berkepentingan daripada industri sawit.

Resipi ke arah kelestarian

Larangan EU terhadap import produk berkaitan penebangan hutan ditetapkan berkuat kuasa pada 2026 dan menuntut produk tidak boleh dikaitkan dengan hasil yang ditanam di atas tanah yang ditebang selepas tahun 2020. Syarikat perlu mengesahkan “bukti hijau” produk mereka melalui kenyataan pembuktian.

Dengan minyak kelapa sawit terdapat di mana-mana dalam kira-kira separuh rak barangan pasar raya, firma besar dan kecil akan menghadapi tugas besar untuk mengemukakan bukti sistem rantaian bekalan yang lestari.

Industri utama membeli daripada pemproses dan peniaga bukannya daripada pemilik ladang. Ladang boleh diperakui sebagai lestari, dan minyak yang dihasilkan boleh dihantar secara berasingan tetapi kos untuk mengasingkan bekalan dalam skala besar akan menjadi terlalu tinggi.

Sama seperti empangan hidroelektrik yang membekalkan grid nasional, syarikat elektrik hanya boleh menunjukkan jumlah tenaga boleh diperbaharui yang diperoleh, sebelum ia dicampur dengan yang lain. Oleh itu, minyak kelapa sawit mampan juga boleh dijual pada harga premium, tetapi ia akan menjadi sukar untuk dikekalkan dalam pasaran komoditi kerana minyak sawit mampan dan tidak mampan adalah sama.

Inilah sebab mengapa Fadillah dan Indonesia, yang diwakili oleh Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Dr Airlangga Hartarto, pada mesyuarat di Brussels, Belgium, menggesa EU untuk melibatkan diri dengan negara pengeluar minyak sawit di peringkat kerja dan teknikal dalam melaksanakan peraturan baharu itu.

Menyedari bahawa kemampanan adalah jalan menuju ke hadapan, Fadillah turut memberi amaran awal bahawa EU akan melaksanakan lebih banyak peraturan hijau seperti cadangan Arahan Ketekunan Wajar Kelestarian Korporat, Peraturan Melarang Produk Dibuat dengan Buruh Paksa dan Arahan Tuntutan Hijau sebagai sebahagian daripada sasaran tenaga boleh diperbaharui EU menjelang 2030.

Bagaimana pihak berkepentingan minyak sawit mendekati masalah rumit ini akan memberi keutamaan kepada pengeluar pertanian lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya