B. Satianathan meninggal dunia

B. Satianathan meninggal dunia

BEKAS pengendali Harimau Malaya dan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Satianathan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Arena bola sepak negara berdepan kehilangan besar apabila bekas pengendali skuad Harimau Malaya dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Satianathan meninggal dunia.

Pengendali berpengalaman itu meninggal dunia hari ini, dan telah disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj.

“Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik,” tulis Chris ringkas dalam ciapannya mengenai pemergian Satia di Twitter.

Satia yang terkenal sebagai pengkritik yang selalu mengeluarkan kenyataan pedas dan kontroversi pernah mengendalikan beberapa pasukan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Selangor, Kelantan dan juga Sarawak United.

Beliau juga pernah mengendali pasukan kebangsaan bawah 23 tahun dan juga Harimau Malaya pada 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya