Anak Melayu gegar muaythai dunia

Anak Melayu gegar muaythai dunia

AHMAD Nor Iman Aliff Rakib
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangunan akar umbi yang mantap dan sokongan keluarga yang baik dalam sukan muaythai kini mula membuahkan hasil apabila Malaysia mempunyai beberapa atlet berbakat besar yang mula mengegarkan dunia.

Jumaat lalu, jaguh muaythai remaja negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib melakar sensasi di Bangkok, Thailand apabila mencatat kemenangan knockout (KO) dalam ONE Championship yang membolehkannya meraih bonus 350,000 baht (RM46,500).

Aliff yang berumur 19 tahun menumbangkan peserta tuan rumah, Ratchadej Sor Petjumrat dalam kategori Catchweight untuk berat 53 kilogram dengan ha­nya beraksi kurang seminit di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok.

Sebelum ini, Aliff merupakan pemenang pingat emas pada Sukan SEA Kemboja pada Mei lalu dan dia juga meraih pingat emas buat dua tahun berturut-turut pada Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA iaitu pada 2021 dan 2022.

Pada Februari lalu, seorang lagi muaythai remaja negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar turut menumbangkan lawan dengan pukulan KO dalam penampilan pertamanya dalam ONE Championship di stadium yang sama.

Muhammad Johan Ghazali Zulfikar

Muhammad Johan yang terkenal dengan gelaran Jojo hanya mengambil masa 16 saat dalam pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ untuk keputusan KO terhadap peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex, dalam pusingan pertama.

Jojo turut meraih kemenangan kedua pada Mei lalu berjaya apabila melepaskan pukulan KO terhadap lawannya, Tai Sor Jor Piek Uthai, 24, yang juga merupakan juara dunia muay Thai dua kali

Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia, Datuk Shahnaz Azmi berkata, Aliff sudah berlatih di Thailand sejak hampir lima tahun lalu dan dia menggunakan jurulatih persendirian untuk membimbingnya dalam sukan itu.

“Aliff memang berlatih sepenuh masa di Thailand dan dia berada di sana sudah hampir lima tahun. Apabila ada kejohanan kita akan hantar dia bertanding untuk mewakili negara. Memang dia berbakat besar dan mampu pergi lebih jauh.

“Kita juga ada Johan dalam sukan ini dan dia akan bertarung kembali pada 16 Julai ini. Kita harap, dia akan menang lagi dan buktikan kemampuan. Kita di peringkat persatuan sentiasa menyokong pembangunan atlet,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya