Penuntut IPT tidak terkesan tarikh PRN - Utusan Malaysia

Penuntut IPT tidak terkesan tarikh PRN

MOHAMED Khaled Nordin melakukan gimik pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang, Hulu Terengganu, malam tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY RO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Penuntut universiti tidak terkesan dengan tarikh pengundian di enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada 12 Ogos depan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya mendapati kebanyakan penuntut terlibat telah selesai menjalani peperiksaan dan berada di kampung pada tarikh tersebut.

Menurutnya, setakat ini, hanya dua universiti didapati masih dalam tempoh peperiksaan, namun tidak terjejas kerana tiada kelas dan peperiksaan pada hari berkenaan.

“Sekarang pelajar sedang menjalani peperiksaan. Pada hari mengundi kebanyakan universiti dah habis peperiksaan, memang tengah cuti dan pelajar dah ada di kampung masing-masing,’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Hulu Terengganu di Kuala Berang, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled tidak mendedahkan dua universiti yang masih berada dalam tempoh peperiksaan pada tarikh mengundi PRN itu.

Menteri Pendidikan Tinggi itu memberitahu, kebanyakan penuntut terlibat berpandangan tiada keperluan diberikan cuti untuk.pulang mengundi pada PRN nanti.

“PRN hanya melibatkan enam negeri,  jadi pelajar ramai beri pandangan peperiksaan sewajarnya diteruskan, jadi memang tak ada cuti (untuk pulang mengundi),” ujarnya.

Terdahulu,  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di enam negeri tersebut pada 12 ogos ini.

Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya