Penyanyi rap MK K-Clique pilih Siti Hajar sebagai isteri

Penyanyi rap MK K-Clique pilih Siti Hajar sebagai isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi rap, MK K-Clique, 26, sah bergelar suami kepada suri hati pilihan, Siti Hajar syeikh Nordin, 26, tepat pukul 9.30 pagi tadi.

Kedua pasangan disatukan dalam majlis pernikahan serba indah bertempat di Masjid Jami’l Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor, dekat sini.

MK dan Siti Hajar yang tampil dalam persalinan serba putih dinikahkan dengan berwakil walikan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’l Huda, Mahdi Mat Zin.

Dalam majlis tersebut, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Hamdan turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM302 kepada Siti Hajar dan seutas gelang tangan emas.

Majlis dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya