Nestlé kukuh kedudukan dalam industri makanan halal - Utusan Malaysia

Nestlé kukuh kedudukan dalam industri makanan halal

JUAN ARANOLS (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran produk terbaharu Maggi di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nestlé (Malaysia) Berhad mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara hab pembakal makanan dengan pensijilan halal terbesar di dunia dalam rangkaian jenama itu dengan pelancaran produk terbaharunya, Maggi® Mi Goreng Laksa Warisan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata, produk dengan identiti hidangan Malaysia yang mempunyai rasa asli dan aromanya tersendiri itu mempunyai pelbagai bahan-bahan yang pastinya diperoleh daripada sumber halal.

Katanya, syarikat mempunyai jabatan halal yang kukuh bagi menjaga kualiti produk serta melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti berkaitan amalan halal dalam perniagaan.

“Semua produk Nestle di Malaysia adalah halal. Malah, kami melakukan banyak aktiviti dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaitan amalan halal.

“Kami mempunyai jabatan halal yang kukuh bagi menjalanakan aktiviti ini selama bertahun-tahun dan sebenarnya Malaysia adalah satu daripada hab pengeluaran makanan halal bagi keseluruhan rangkaian Nestlé di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran produk Mi Goreng Laksa Warisan tersebut di Sungai Penchala di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Juan berkata, pemilihan produk baharu itu juga sebagai penghormatan kerana jenama berkenaan berjaya melakar sejarah lebih 50 tahun berada dalam industri makanan halal di negara ini.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengeksport produk tersebut ke luar negara kerana produk halal daripada Malaysia sentiasa mendapat permintaan di luar negara.

“Kami lancarkan di Malaysia dahulu dan kemungkinan besar akan dibawa ke Singapura kerana produk Malaysia sentiasa mendapat permintaan di mana-mana sahaja.

“Ia (produk Malaysia) semakin mendapat permintaan di negara yang ada kehadiran kami. Oleh itu, mungkin kami akan mengeksport produk baharu ini ke sana satu masa nanti,” ujarnya.

Menurutnya, Mi Goreng Laksa Warisan yang merupakan tambahan daripada rangkaian produk Mi Goreng keluarannya dijual pada harga runcit RM8 untuk satu paket yang mengandungi lima bungkus mi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya