Lelaki bakar Al-Quran luar masjid di Sweden

Lelaki bakar al-Quran luar masjid di Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Seorang lelaki berasal dari Iraq bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm, Sweden.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Perbuatan biadap itu dilakukan oleh dua lelaki di luar masjid utama di ibu negara Sweden menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Lapor Daily Mail, kira-kira 200 penduduk menyaksikan perbuatan Salwan Momika yang membakar kitab suci itu.

Salwan pada mulanya mengoyakkan beberapa helaian al-Quran lalu mengelap kasutnya. Dia kemudian meletakkan hirisan bacon sebelum membakar kitab suci umat Islam itu.

Sementara seorang individu yang bersama Salwan pula dilihat melaungkan kata-kata menggunakan alat pembesar suara.

Sebahagian individu yang berada di lokasi itu menjerit `Allahu Akbar’ dalam bahasa Arab sebagai membantah perbuatan membakar al-Quran manakala seorang lelaki ditahan polis selepas cuba melemparkan batu bagi menghentikan tindakan itu.

Insiden itu berlaku selepas polis meluluskan permit yang membenarkan lelaki itu melakukan perbuatan demikian.

Dilaporkan, dua minggu lalu mahkamah rayuan Sweden menolak larangan polis terhadap protes membakar al-Quran yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya