220,000 usahawan pelajar dilahir KPT dalam 2 tahun

220,000 usahawan pelajar dilahir KPT dalam 2 tahun

MEGAT Sany Megat Ahmad Supian (tengah) melawat pameran pada Majlis Penutupan Karnival Keusahawan di Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjaya melahirkan lebih ramai lagi usahawan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara pada 2021 dan 2022 iaitu berjumlah 220,000 orang.

Malah menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, angka kali ini lebih daripada data tempoh lima tahun pertama sebelum itu berbanding 178,105 orang dari 2016 sehingga 2020.

Beliau berkata, KPT sudah lama merangka agenda keusahawanan mahasiswa bermula dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020.

“Sepanjang lima tahun pertama itu, kita lahir 30,281 graduan usahawan malah momentum ini tetap diteruskan lagi melalui Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 dan kini sudah melahirkan 17,510 graduan usahawan berbanding tempoh lima tahun sebelumnya,” katanya katanya ketika berucap pada perasmian majlis penutup Karnival Keusahawanan KPT 2022/2023, di sini hari ini.

Acara itu merupakan kemuncak kepada karnival serupa yang dibuat di lima zon berbeza dengan penyertaan seramai 2,296 orang mahasiswa menerusi siri perkongsian keusahawanan.

Sejumlah 141 pembentangan rancangan perniagaan juga diadakan melalui sesi ‘pitching’ selain penglibatan pelbagai agensi pembangunan bisnes di bawah beberapa kementerian.

Megat Sany walau bagaimanapun menambah, apa yang lebih penting kini ialah bilangan syarikat pemula dilahirkan mahasiswa berjaya ditubuhkan sepanjang lima tahun pelan itu dengan penumpuan KPT ketika ini turut diberikan kepada syarikat pemula berteraskan teknologi dan inovasi.

“Setakat ini sebanyak 781 syarikat pemula dalam dua bidang berkenaan berjaya pun ditubuhkan sepanjang dua tahun lalu,” jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya