Roadcare tolak dakwaan syarikat konsesi kawal projek kerajaan

Roadcare tolak dakwaan syarikat konsesi kawal projek kerajaan

NIKIFLI Nurizan Nik Saad (kiri) mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare, Datuk Wan Imran Wan Omar menyerahkan surat lantikan kerja kepada salah seorang kontraktor di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Roadcare (M) Sdn. Bhd. (Roadcare) menolak dakwaan syarikat konsesi itu mengawal projek kerajaan bagi mengaut untung atas angin sehingga ramai kontraktor gulung tikar.

Pengurus Besar Operasi syarikat itu, Nikifli Nurizan Nik Saad berkata, Roadcare sebelum ini tidak pernah menyisihkan kontraktor lain membuat tender terbuka bagi projek kerajaan.

Menurutnya, dakwaan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) bahawa syarikat konsesi mengawal projek kerajaan hingga menyebabkan sebahagian mereka terpaksa gulung tikar memberi impak negatif kepada syarikat konsesi di negara ini.

“Wujudnya syarikat konsesi adalah bagi memastikan semua kontraktor cekap melaksanakan projek dan kami sentiasa memantau serta menyediakan latihan dan modal bantuan yang dirasakan perlu.

“Bagi Roadcare, kami seiring dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap kontraktor mendapat agihan (projek) sebaiknya terutama kelas G1 sehingga G4.

“Sebagai salah satu syarikat konsesi, kami rasa terpanggil dan ingin menafikan kenyataan Perkobf itu,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Lantikan bagi Kerja-kerja Rutin Tahun 2023 di Jambatan Angkat di sini, hari ini.

Semalam, Presiden Perkobf, Tukiman Radion dilaporkan berkata, syarikat konsesi di negara ini bertindak mengawal projek kerajaan dan ‘bermain harga’ sekali gus meraih untung besar.

Dalam dakwaan itu, Tukiman turut merayu kepada kerajaan agar menghentikan agihan projek kepada syarikat konsesi sebaliknya disalurkan kepada kontraktor melalui undian atau cabutan.

Menurut Nikifli Nurizan, pihaknya berhasrat mengadakan pertemuan dengan Perkobf dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca permasalahan yang berlaku.

“Perkobf ada sehingga 42,000 ahli jadi sukar untuk puaskan hati semua. Apa yang penting kontraktor dilantik berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

“Mungkin dakwaan itu ditujukan kepada syarikat konsesi lain tetapi Roadcare (M) menjalankan tugas mengikut peruntukan yang ada dan sentiasa ada hubungan baik dengan semua pihak,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya