Pemangku Raja Perlis ziarah mangsa kebakaran - Utusan Malaysia

Pemangku Raja Perlis ziarah mangsa kebakaran

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi mangsa kebakaran, Ramli Bakar, di Kampung Behor Mentalon, Guar Sanji semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi mangsa kebakaran, Ramli Bakar, di Kampung Behor Mentalon, Guar Sanji di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 4 petang pada Isnin lalu itu telah menjejaskan keseluruhan struktur rumah tersebut.

Pada kesempatan berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin telah berkenan menyampaikan bantuan awal bencana Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM700.

Selain itu, baginda juga menyaksikan penyerahan bantuan bencana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berjumlah RM5,700 disampaikan oleh Pengarahnya, Ku Chik Ku Md Isa.

Turut mengiringi baginda ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan untuk baik pulih kediaman yang terjejas tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya