Pemandu lori didenda RM5,000 pindah 100 kambing tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Pemandu lori didenda RM5,000 pindah 100 kambing tanpa kebenaran

WAN Mohamad Aizat Wan Ismail yang mengaku bersalah memindahkan 100 ekor kambing tanpa kebenaran dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu lori didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan memindahkan 100 ekor kambing bernilai RM35,070 tanpa kebenaran, tahun lalu.

Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Wan Mohamad Aizat Wan Ismail, 23, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah kemudian turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Mohamad Aizat didakwa memindahkan 100 ekor kambing hidup dengan sebuah lori tanpa kebenaran sah Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

Kesalahan itu dilakukan Wan Mohamad Aizat di tepi jalan dekat Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu pada 27 September 2022 kira-kira 8.50 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Perenggan i(b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku Dan Mulut Dan Hawar Berdarah bagi Negeri Terengganu Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Mohd. Shahihan Mohd. Tahar dan Fazlizan Ishak Khan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya