Harga kambing biri-biri untuk dikorbankan naik akibat kos minyak - Utusan Malaysia

Harga kambing biri-biri untuk dikorbankan naik akibat kos minyak

HARGA kambing biri-biri melonjak di pasar Kara sempena Aidiladha. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Krisis ekonomi, kenaikan harga petrol yang dipacu oleh perang di Asia Barat dan pemberontakan telah menaikkan harga kambing biri-biri di Nigeria menjelang sambutan  Aidiladha.

Peniaga mengadu jualan perlahan ketika ribuan kambing biri-biri berdiri di bawah hujan lebat pada Jumaat di Pasar Kara, sebuah pusat ternakan besar di sepanjang sempadan Lagos-Ogun di barat daya Nigeria.

Pasar itu menerima ribuan haiwan setiap hari dari utara Nigeria, kawasan utama penternakan negara itu ketika umat Islam membuat persiapan untuk perayaan tahunan tersebut.

Kira-kira separuh penduduk negara itu beragama Islam dan permintaan terhadap kambing biri-biri meningkat mendadak semasa sambutan itu.

Namun, beberapa peniaga berkata jualan tahun ini perlahan kerana harga ternakan meningkat dengan ketara.

Harga kambing biri-biri, yang menjadi pilihan utama untuk perayaan itu, kini antara 250,000 naira (RM723) hingga 1.2 juta naira (RM3,500), bergantung pada saiz.

Haiwan yang sama tahun lalu dijual antara 150,000 (RM433) hingga 1.0 juta naira (RM2,900), kata peniaga, Abdullahi Bukar.

Beliau berkata, pemberontakan di timur laut negara, pelbagai cukai serta kutipan tol haram oleh pihak keselamatan telah menaikkan harga.

Pembeli -pembeli tetap meredah pasar yang berlumpur untuk mencari harga murah ketika hujan mula reda menjadi renyai.

“Kami selalu takut apabila pergi ke pasar untuk membeli ternakan kerana pengganas biasanya menyerang pasar tempat kami membeli stok,” kata Bukar, 29. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN