JBPM Sarawak periksa premis perniagaan

JBPM Sarawak periksa premis perniagaan sepanjang persiapan Hari Gawai

SIM Kui Hian (kiri) dan Khirudin (kanan) menyampaikan penerangan berkaitan pemeriksaan yang akan dilakukan oleh pihak Bomba Sarawak sepanjang persiapan sambutan Hari Gawai Dayak, di Pasar Raya Farley di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak komited menjalankan pengawasan dan pemeriksaan di premis-premis perniagaan bagi memastikan pintu keluar kecemasan premis  tidak terhalang dan selamat digunakan.

Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata, pemeriksaan dan pengawasan perlu berikutan bekalan masuk barangan dan peralatan terutama di pasar raya dan pasar raya besar sempena sambutan Hari Gawai Dayak akan datang.

“Adalah tradisi jabatan untuk menganjurkan kempen kesedaran keselamatan kebakaran semasa perayaan termasuk sambutan Hari Gawai Dayak.

“Kakitangan kita juga akan menjalankan pengawasan dan pemeriksaan ke atas bangunan-bangunan untuk memastikan mereka tidak menyimpan stok di tempat yang tidak sesuai seperti tangga dan tempat untuk laluan kecemasan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Sambutan Hari Gawai 2023, di Farley Mall, di sini hari ini.

Ujar Khirudin usaha pelaksanaan pemeriksaan itu turut bertujuan bagi mengurangkan risiko bahaya kerana ia akan membantutkan proses pemindahan sekiranya berlaku kebakaran.

Justeru itu, pengawasan dan pemeriksaan adalah sebahagian daripada tugas jabatan itu dalam memastikan bangunan mematuhi peraturan keselamatan.

Operasi pemeriksaan itu turut dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga merupakan Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Dr Sim turut berharap agar usaha itu dilakukan secara berterusan dalam mengurangkan sebarang kejadian kemalangan yang berlaku sepanjang sambutan perayaan di negeri ini

“Kita menghargai usaha komited JBPM Sarawak dalam memberi motivasi kepada masyarakat serta terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak.

“Pelbagai program dan aktiviti yang kita lakukan adalah selaras dengan semangat Malaysia Madani, Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 serta Dasar Bomba dan Penyelamat Negara untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan di Sarawak,” katanya.

Dedah Khirudin, anggota JBPM yang bertugas juga akan melakukan pemeriksaan ke atas sistem keselamatan kebakaran premis untuk memastikan fungsinya.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.