Nasihat PM kepada KP SPRM baharu, perkukuh integriti

Nasihat PM kepada KP SPRM baharu, perkukuh integriti

PERDANA Menteri, DatUK Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Perdana Putra. PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Abdul Halim Aman ketika menerima kunjungan hormat.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau menekankan usaha memperkukuh tatakelola, integriti serta agenda reformasi institusi negara yang menjadi teras kepada pembinaan Malaysia yang lebih adil, telus dan berdaya saing.

“Saya menegaskan bahawa integriti bukan sekadar tuntutan dalam perkhidmatan awam.

“Tetapi asas penting bagi menjamin keyakinan rakyat, menarik pelaburan berkualiti serta menentukan masa depan negara yang lebih mampan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan akan terus memperkasa SPRM sebagai institusi berwibawa dan dihormati dalam usaha membanteras rasuah tanpa kompromi.

“Demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang,” katanya.

Abdul Halim memulakan tugas secara rasmi bermula 13 Mei lalu menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN