Pertempuran meletus di Sudan: Tiga terbunuh

Pertempuran meletus di Sudan: Tiga terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh selepas ketegangan berpanjangan antara angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meletus menjadi pertempuran di Khartoum.

Lapor CNN, Kesatuan Sekerja Doktor Sudan mengesahkan mangsa yang maut merupakan orang awam.

Sumber perubatan di sebuah hospital di tengah Khartoum pula memaklumkan pihaknya menerima puluhan orang awam dan anggota tentera yang cedera dalam pertempuran tersebut.

Terdahulu, beberapa saksi mendakwa pertempuran meletus di sekitar istana presiden dan markas tentera di ibu negara Sudan.

Menurut RSF, pasukan tenteranya berjaya menguasai istana presiden dan beberapa lapangan terbang.

RSF memaklumkan pihaknya bertindak balas terhadap serangan daripada tentera di salah sebuah pangkalan mereka.

Bagaimanapun, ketua tentera Sudan, Abdel Fatah al-Burhan menegaskan semua pangkalan tentera yang strategik masih berada di bawah kawalan pihaknya.

“Tiada siapa yang dapat memasuki kawasan tentera darat dan semua lokasi strategik terkawal,” katanya dalam kenyataan.

Tentera Sudan menuduh RSF cuba menyerang pasukannya di selatan Khartoum dan menyebarkan pembohongan mengenai serangan itu semata-mata untuk menutup pemberontakan mereka.

Pertikaian antara kedua-dua pihak meletus pada Khamis selepas pasukan tentera mendakwa aktiviti RSF menyalahi undang-undang.

Sudan tidak mempunyai kerajaan berfungsi sejak Oktober 2021 apabila tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.