NASA lancar habitat simulasi di Marikh

NASA lancar habitat simulasi Marikh di bumi

MARS Dune Alpha, habitat Mars simulasi NASA, di Pusat Angkasa Johnson agensi di Houston, Texas.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Empat bilik kecil, gim dan banyak pasir merah.

Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memperkenalkan habitat simulasi Marikh baharunya hari ini di mana sukarelawan dilaporkan akan tinggal selama setahun bagi menguji keadaan kehidupan akan datang.

Kemudahan itu yang dicipta untuk tiga eksperimen terancang dipanggil Crew Health and Performance Exploration Analog (CHAPEA) terletak di Pangkalan Penyelidikan Besar Agensi Angkasa Amerika Syarikat di Houston, Texas.

Empat sukarelawan akan memulakan percubaan pertama pada musim panas ini di mana NASA merancang untuk memantau kesihatan fizikal dan mental mereka untuk lebih memahami ketabahan manusia untuk berada pengasingan yang begitu lama.

Ketua penyelidik dalam eksperimen CHAPEA, Grace Douglas, berkata, dengan data itu, NASA akan lebih memahami penggunaan sumber angkasawan di Marikh.

“Kami benar-benar boleh memahami bagaimana kami dapat menyokong mereka dengan apa yang kami sediakan kepada mereka. Itu akan menjadi maklumat yang sangat penting untuk membuat keputusan terhadap sumber kritikal itu

Misi jauh sedemikian datang dengan “had jisim yang sangat ketat,” katanya pada lawatan akhbar ke habitat itu.

Para sukarelawan akan tinggal di dalam ‘rumah’ seluas 160 meter persegi, digelar ‘Mars Dune Alpha’, yang merangkumi dua bilik mandi, ladang menegak untuk menanam salad, bilik khusus untuk rawatan perubatan, kawasan untuk berehat dan beberapa stesen kerja.

Ketua Makmal Prestasi dan Kesihatan Tingkah Laku NASA, Suzanne Bell berkata, sukarelawan juga tidak boleh dibiarkan berjalan-jalan selama enam jam di pusat simulasi itu.

“Kami benar-benar tidak boleh membiarkan mereka berjalan-jalan dalam bulatan selama enam jam,” katanya dengan nada seloroh.

Menurut Bell, empat sukarelawan akan menggunakan treadmill untuk mensimulasikan perjalanan jauh ke luar bagi mengumpul sampel, mengumpul data atau membina infrastruktur.

Ahli pasukan percubaan pertama ini masih belum dinamakan, tetapi agensi itu menyatakan bahawa pemilihan akan mengikut kriteria standard NASA untuk pemohon calon angkasawan dengan penekanan berat pada latar belakang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Penyelidik akan sentiasa menguji tindak balas kru terhadap situasi yang tertekan seperti menyekat ketersediaan air atau kegagalan peralatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN