Kes agensi pekerja asing: Sivakumar hadir ke SPRM

Kes agensi pekerja asing: Sivakumar hadir ke SPRM

V. SIVAKUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar disahkan telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan yang dijalankan agensi itu.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, Sivakumar dipercayai hadir untuk diambil keterangan kira-kira pukul 10 pagi ini.

Kata sumber itu, keterangan itu diambil bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan SPRM selepas menahan tiga individu termasuk dua pegawainya pada minggu lalu.

“Beliau hadir bagi bantu siasatan,” katanya ringkas.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, Setiausaha Sulit kepada Sivakumar ditahan.

Penahanan Setiausaha Sulit menteri itu dilakukan SPRM kira-kira pukul 2.30 pagi selepas  seorang pegawai tugas-tugas khas kepada Sivakumar sebelum itu.

Utusan Malaysia juga melaporkan sebelum ini, pegawai tugas-tugas khas Sivakumar ditahan selepas dipercayai bertindak sebagai ‘runner’ bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pengambilan pekerja asing.

Wang rasuah berkenaan dipercayai kemudiannya akan diserahkan kepada menteri berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan SPRM berhubung dakwaan tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN