Aaron Aziz beri amaran, yang tidak berkenaan jangan masuk campur isu melibatkan Syamsul Yusof - Utusan Malaysia

Aaron Aziz beri amaran, yang tidak berkenaan jangan masuk campur isu melibatkan Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Cakap dekat dia (Sharnaaz Ahmad), jangan masuk campur”

Itu amaran tegas dikeluarkan pelakon, Datuk Aaron Aziz terhadap pelakon, Sharnaaz Ahmad yang baru-baru ini memberi reaksi terhadap konflik yang tercetus antara Aaron dan pengarah, Syamsul Yusof.

Tegas Aaron, dia tidak mahu orang luar yang tidak berkenaan memberi sebarang kenyataan berhubung isu yang timbul antara dia dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

“Kepada yang tidak terlibat dengan produksi (filem The Original Gangster), jangan bagi kenyataan.

“Jangan masuk campur. Kalau nak (masuk campur), jumpa saya dulu,” katanya.

Aaron berkata demikian ketika hadir di majlis pelancaran lokasi baharu gedung tekstil Jakel di Shah Alam, dekat sini, pagi tadi.

Sharnaaz tiba-tiba tular di media sosial apabila pelakon tersebut memberi reaksi terhadap konflik antara Aaron dan Syamsul di Instagramnya.

Sharnaaz antara lain meminta kedua pihak agar menghentikan pergaduhan dan hormati bulan Ramadan.

Hubungan Syamsul dan Aaron mulai dingin selepas pelakon tersebut digugurkan daripada membintangi filem The Original Gangster.

Lebih memanaskan keadaan apabila Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan sebagai punca Aaron digugurkan daripada filem tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya