Walau sakit, Fasha tetap fikir kerja

Walau sakit, Fasha tetap fikir kerja

Fasha dilaporkan semakin stabil selepas dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walau terpaksa menanggung kesakitan selepas tercedera di set penggambaran drama Anak Tuan, pelakon, Fasha Sandha tetap memikirkan tentang kerja termasuk babak yang perlu dihabiskan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, produser drama tersebut, Geehan berkata, Fasha setakat ini dilaporkan berada dalam keada­an stabil dan berehat selepas dipindahkan ke hospital di Kuala Lumpur.

“Fasha belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa. Tetapi dia sedia maklum, ramai yang mendoakan kesembuhan dan kesihatan. Keadaan dia stabil, sudah boleh tersenyum. Cuma kena banyak berehat.

“Tetapi dalam keadaan sakit pun, dia masih bertanyakan soal kerja dan mahu menyambung penggambaran drama tersebut. Tetapi kami mahu dia berehat. Kami menunda penggambaran babak melibatkan Fasha.

“Bagi kami, kesihatan itu lebih penting. Semua pun sedia maklum, Fasha seorang pelakon yang sentiasa komited dan ber­disiplin. Jadi dia tetap fikir mahu cepat habiskan penggambaran,” ujarnya

Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran tersebut bersama pelakon, Azhan Rani.

Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru.

Dalam pada itu, Geehan berkata, suami Fasha yang juga pelakon Aidil Aziz juga bersikap positif dan tidak menyalahkan sesiapa berhubung insiden yang tidak disengajakan tersebut.

“Kami rasa lega apabila dapat bertemu Fasha dan Aidil. Malah, Azhan juga ada datang melawat. Aidil faham dan positif terhadap apa yang berlaku. Kami hormat kerendahan hati dan sifat positifnya,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya