SNS Technology catat peningkatan keuntungan 40.5 %

SNS Technology catat peningkatan keuntungan 40.5 peratus bagi suku keempat

SNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SNS Network Technology Berhad (SNS), penyedia produk, perkhidmatan dan penyelesaian ICT, hari ini mengumumkan keuntungan selepas cukai bagi suku keempat berakhir 31 Januari 2023 meningkat sebanyak 40.5 peratus kepada RM16.77 juta berbanding RM11.94 juta pada suku sebelumnya.

SNS merekodkan peningkatan perolehan 46.2 peratus kepada RM509.86 juta pada suku keempat berbanding RM348.84 juta pada suku ketiga tahun lalu.

Bagi suku tahun yang dikaji, terdapat kenaikan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 44.6 peratus kepada RM22.09 juta berbanding RM15.28 juta pada suku sebelumnya.

Bagi TK2023, Kumpulan mencatatkan untung bersih RM43.72 juta serta untung sebelum cukai sebanyak RM57.36 juta dengan perolehan RM1.40 bilion.

Ko Yun Hung

Tiada angka perbandingan bagi asas tahun ke tahun kerana SNS telah disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 2 September 2022.

Pengarah Urusan SNS, Ko Yun Hung, berkata, saluran komersial perniagaan mereka kekal sebagai tulang belakang apabila Kumpulan terus menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam pendapatan dan keuntungan.

Katanya, permintaan merentasi industri dan adalah daripada sektor kerajaan dan swasta.

“Baru-baru ini kami memenangi tender daripada Kementerian Pendidikan bernilai RM41.33 juta melalui penawaran Device-as-a-Service (“DaaS”) untuk menangani jurang pembelajaran melalui peningkatan peranti dan teknologi untuk pelajar dan guru.

“Penawaran DaaS kami menyediakan kemudahan untuk perniagaan dan organisasi, membolehkan kami menyokong pelanggan kami dalam perjalanan transformasi digital mereka. Selain itu, model perniagaan DaaS membolehkan kami mengekalkan pelanggan kami dengan kemungkinan pembaharuan perkhidmatan yang lebih tinggi dan menjana pendapatan berulang sehingga lima tahun.”

 “Ketika kami melihat ke hadapan untuk pasaran dalam industri teknologi, kami menjangkakan permintaan yang semakin meningkat untuk projek transformasi digital.

“Dengan kepakaran kami dalam bidang ini dan rekod prestasi yang terbukti bagi pelaksanaan yang berjaya, kami berada pada kedudukan yang baik untuk mendapatkan lebih banyak projek dalam beberapa bulan akan datang.

“Memandangkan perniagaan dan organisasi terus menerima pendigitalan, kami kekal komited untuk menyampaikan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang dan membantu mereka kekal di hadapan dalam landskap yang semakin kompetitif,” katanya – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN