Skuad Malaysia B-22 julang Piala Merlion

Skuad Malaysia B-22 julang Piala Merlion

Safwan Mazlan meraikan jaringan ketika membantu Malaysia B-22 menjulang Piala Merlion.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara mengotakan janji apabila menjulang Piala Merlion buat kali pertama selepas menewaskan skuad B-22 Hong Kong 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.

Kejayaan itu juga menyaksikan kemenangan pertama skuad negara sejak kejohanan itu dianjurkan pada 1982 menerusi penyertaan kali ketiga iaitu kali pertama pada itu dan kedua 1985.

Tentunya kemenangan ini bakal menyemarakkan lagi semangat anak buah E Elavarasan memburu pingat di Sukan SEA Kemboja yang dijadualkan berlangsung Mei ini.

Turun dengan misi memburu kemenangan, skuad muda negara terlebih dahulu menguji Hong Kong menerusi percubaan deras Adam Farhan Mohd Faizal yang menggegar palang, disusuli jaringan Haqimi Azim Rosli pada minit ke-20 namun gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Haqimi dikecewakan buat kali kedua apabila jaringannya pada minit ke-58 dibatalkan susulan ofsaid.

Usaha skuad muda negara akhirnya berhasil dengan kemasukan Najmudin Akmal Kamal Akmal apabila pemain gantian itu membuka tirai jaringan pada minit ke-74.

Empat minit kemudian, Malaysia menggandakan jaringan kali ini hasil rembatan jarak jauh Safwan Mazlan untuk menewaskan penjaga gol Hong Kong, Ng Wai Him buat kali kedua.

Bagaimanapun, lawan kembali merapatkan jurang jaringan susulan kesilapan penjaga gol negara, Rahadiazli Rahalim apabila mengulangi kesilapan apabila gagal menyepak bola sehingga membolehkan Lau Ka Kiu minit ke-79.

Penjaga gol Terengganu itu seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan apabila sebelum ini turut melakukan kesilapan mudah
sehingga dibolosi ketika berdepan Kemboja pada perlawanan pertama kejohanan tersebut.

Perlawanan bagaimanapun berakhir dengan kedua-dua pemain terpaksa berakhir 10 pemain selepas Haqimi dan Kong Maddox dilayangkan kad merah.

Sementara itu bagi aksi sebelah petang yang dilewatkan susulan cuaca buruk, menyaksikan Kemboja menewaskan tuan rumah, Singapura dengan keputusan 2-1 sekali gus merangkul tempat ketiga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya