TASEK GELUGOR: Penduduk di Kampung Baharu di sini melahirkan kebimbangan berhubung rancangan membina kilang makanan haiwan di tanah Lot 4457 yang didakwa berdekatan rumah penduduk. Mereka mendesak pihak berkaitan termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi kelulusan kepada projek tersebut yang dikhuatiri menyebabkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat. Seorang penduduk, Azmi Man, 61, berkata, lot tanah itu sebelum ini pernah dirancang untuk dibangunkan kilang kayu kira-kira 10 tahun lalu, namun…










