JDT dikecewakan Al-Ahli

JDT dikecewakan Al-Ahli

BARISAN kesebelasan utama JDT dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit menentang Al-Ahli, hari ini. - FB JDT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) tidak kesampaian apabila terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 kepada Al-Ahli di pusingan suku akhir kejohanan, di King Abdullah Sports City Hall Stadium, Jeddah hari ini.

Skuad Harimau Selatan itu berada di depan pada minit ke-19 menerusi gol sendiri Ali Majrashi berpunca daripada gerakan Jairo da Silva.

JDT kehilangan khidmat Silva selepas penyerang Brazil itu terpaksa diusung keluar padang selepas kepalanya terkena sepakan akrobatik Ali Majrashi.

Ekoran insiden itu Ali Majrashi dilayangkan kad merah dan tuan rumah, Ah-Ahli terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Begitu pun, Al-Ahli yang merupakan juara bertahan tidak berdepan masalah apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi percubaan Franck Kessie pada masa tambahan babak pertama.

Tuan rumah mengukuhkan kedudukan pada minit ke-54 hasil jaringan Galeno.

JDT cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan namun segala percubaan tersebut berjaya dinafikan oleh penjaga gol Edouard Mendy.

Al-Ahli akan menentang Vissel Kobe di separuh akhir kejohanan selepas kelab Jepun itu menyingkirkan wakil Qatar, Al-Sadd 5-4 menerusi penentuan penalti selepas terikat 3-3.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN