PDRM sudah siasat dakwaan pecah amanah anak syarikat Caely

PDRM sudah siasat dakwaan pecah amanah babit anak syarikat Caely

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu siasatan telah dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuka mengenai laporan ‘rahsia mafia korporat Victor Chin Boon Long’ yang didakwa memperalat penguat kuasa tempatan, sejak tahun lalu.

Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sudah menyiasat malah pihak PDRM juga mengesahkan menerima laporan berkaitan pecah amanah sejak Mei lalu.

Katanya, laporan itu menyebut berlaku salah laku penyelewengan kewangan membabitkan wang berjumlah lebih RM30.7 juta dalam Caely (M) Sdn. Bhd. yang juga anak syarikat kepada Caely Holdings Berhad.

“Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh agen.

“Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh PDRM sendiri pada 21 September yang lalu di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan menyebabkan hilangnya keterangan mengenai suatu kesalahan yang dilakukan atau memberi maklumat palsu, bertujuan untuk mengelakkan pesalah dikenakan hukuman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Noorsiah, kedua-dua kesalahan itu juga sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 27 Februari lalu untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, sebuah portal menerbitkan artikel berhubung sekumpulan individu melakukan cubaan merampas syarikat senarai awam Caely Holdings dan sebuah syarikat lain.

Kemelut perebutan mengakibatkan kejatuhan harga saham malah ia mendakwa turut membabitkan agensi penguatkuasaan, penyiasatan, penahanan dan pembekuan akaun ahli Lembaga Pengarah syarikat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya