Amaun pemberian khas Sabah era Ismail Sabri

(PARLIMEN) Amaun pemberian khas Sabah era Ismail Sabri masih berkuat kuasa

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Amaun pemberian khas kepada kerajaan Sabah bernilai RM125.6 juta yang telah dinaikkan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini masih berkuat kuasa hingga kini. 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian khas itu akan terus berkuatkuasa bagi tempoh lima tahun  sehingga terdapat persetujuan formula baharu  dicapai antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah. 

“Pada 14 Februari 2022, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah mencapai persetujuan bertarikh 20 April 2022 untuk tempoh 5 tahun iaitu RM125.6 juta (2022); RM129.7 juta (2023); RM133.8 juta (2024); RM138.1 juta (2025) dan RM142.6 juta (2026).

“Namun demikian, persetujuan tersebut tertakluk kepada rundingan formula di mana jika dipersetujui ia akan berkuat kuasa mulai tahun 2022. Sehingga persetujuan formula baharu dicapai, ia (kajian semula pemberian khas 2022) masih berkuat kuasa hingga kini. 

“Pada 20 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan formula pemberian khas yang lebih baik kepada negeri Sabah dan Sarawak termasuk meningkatkan kadar pemberian khas daripada yang telah dipersetujui sebelum ini” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam. 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika kerajaan Persekutuan telah membayar RM125.6 juta pemberian khas yang sepatutnya diterima Sabah pada tahun lalu. 

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan, keputusan mengenai pemberian khas yang baharu  sedang dimuktamadkan.

Katanya, setakat ini Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah sedang berunding untuk memuktamadkan formula dan indikator yang digunakan untuk menentukan kadar peningkatan terbabit.

Januari lalu, Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkata, kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM300 juta. 

Bagaimanapun, jumlah itu adalah pembayaran peringkat awal sebelum satu formula tetap diputuskan. 

Untuk rekod, kajian semula Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan pertama telah dilaksana pada tahun 1969 yang membawa kepada pewartaan Perintah (Ulangkaji Pertama) Pemberian-Pemberian Khas Sarawak, 1969 [P.U.(A) 403/1969] dan Perintah Pemberian Khas Sabah (Ulangkaji Pertama) 1970 [P.U.(A)328/1970]. 

Pewartaan tersebut telah memperuntukkan kadar Pemberian Khas sebanyak RM16 juta setahun kepada Sarawak dan RM26.7 juta setahun kepada Sabah. 

Berdasarkan perintah tersebut yang masih berkuat kuasa sehingga tahun 2022, Sabah dan Sarawak sejak tahun 1973 sehingga kini masing-masing menerima Pemberian Khas sebanyak RM26.7 juta dan RM16 juta setahun. –utusan

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya