Kerajaan negeri peruntuk RM600,000 jayakan Madinah Ramadan

Kerajaan negeri peruntuk RM600,000 jayakan Madinah Ramadan

Izani Husin (tengah) semasa sidang media Program Madinah Ramadan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM600,000 untuk menjayakan Program Madinah Ramadan sepanjang bulan puasa bertempat di kawasan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, selain itu pihaknya turut menerima sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk orang ramai untuk melengkapkan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM1.3 juta.

“Selain itu, sebahagian daripada peruntukan akan digunakan untuk menyediakan menu untuk iftar kepada seramai 1,000 orang. 

“Menu yang akan disajikan itu merupakan popular seperti ayam percik, ikan, gulai kuning, sayur dan nasi kerabu,” katanya pada sidang media di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini hari ini. 

Dr. Izani memberitahu, kerajaan negeri menjangkakan kira-kira 100,000 jemaah akan memeriahkan program itu sepanjang Ramadan.

Katanya, Penceramah selebriti dan beberapa penceramah bebas akan turut ditampilkan bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan pada tahun ini.

“Kita harap program Madinah Ramadan tahun ini dapat sambutan luar biasa daripada orang ramai untuk sama-sama menghidupkan bulan yang mulia selepas negara beralih kepada fasa endemik akibat Covid-19.

“Kerajaan negeri menganjurkan program ini untuk memberi manfaat kepada rakyat, selain turut membuka peluang kepada semua untuk sama-sama memberi sumbangan,” ujarnya.

Dr. Izani berkata, MPKB- BRI akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk penyampaian zakat kepada golongan asnaf.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.