Enam bandar Indonesia catat pencemaran serantau tertinggi

Enam bandar Indonesia catat pencemaran serantau tertinggi

PENCEMARAN udara di Pasarkemis membimbangkan. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Indonesia merekodkan tahap pencemaran serantau tertinggi dengan enam bandarnya berada dalam 15 kelompok teratas mencapai kepekatan pencemaran PM2.5 tertinggi.

Lapor Channel News Asia, satu daripada bandar itu termasuk Pasarkemis di wilayah Banten di Jawa dan metropolis utama Jakarta serta Surabaya pula berada di tempat keempat dan ketujuh pada wilayah paling tercemar di rantau Asia Tenggara.

Menurut laporan baharu daripada IQAir, sebuah syarikat yang menjejaki pencemaran udara di seluruh dunia, hanya sebahagian kecil bandar di rantau di Asia Tenggara merekodkan tahap kualiti udara yang memenuhi piawaian kesihatan antarabangsa.

Berdasarkan laporan itu juga, hanya 2.7 peratus bandar di rantau ini iaitu lapan daripada 296 bandar di mana data direkodkan memenuhi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu untuk PM2.5.

Laporan terbaharu IQAir itu diterbitkan pada Selasa lalu.

PM2.5 ialah zarah kecil yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Ia adalah salah satu bentuk pencemaran udara yang paling berbahaya dengan diameter kurang daripada 2.5 mikrometer.

Zarah-zarah ini boleh menembusi jauh ke dalam paru-paru, di mana ia sama ada kekal untuk tempoh yang lama atau masuk ke dalam aliran darah tanpa ditapis.

Pendedahan berpanjangan kepada pencemaran udara yang berbahaya dapat melemahkan daya tahan terhadap penyakit pernafasan dan boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung.

Ia boleh disebabkan oleh pelbagai sumber, tetapi di Asia Tenggara pencemar utama ialah pelepasan industri, penjanaan kuasa, pelepasan kenderaan serta pembakaran terbuka, kata IQAir dalam laporannya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.