29 kedai makan, restoran di Terengganu tawar Menu Rahmah - Utusan Malaysia

29 kedai makan, restoran di Terengganu tawar Menu Rahmah

SAHARUDDIN Mohd. Kia (tiga, kiri) menunjukkan Menu Rahmah yang disediakan di sebuah kedai makan di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/PUTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Sebanyak 29 buah kedai makan dan restoran di Terengganu menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 seperti yang diperkenalkan kerajaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup negeri, Saharuddin Mohd. Kia, berkata, jumlah itu dijangka meningkat setelah menerima sambutan daripada pengusaha makanan.

Malah menurut beliau, terdapat pemilik kedai makan dan restoran yang menawarkan menu dengan pelbagai pilihan hidangan pada harga yang lebih murah.

“Ramai pemilik kedai makan turut serta membantu pengguna yang terkesan dengan isu kos sara hidup melalui Menu Rahmah di premis masing-masing.

“Bukan sahaja yang bernaung di bawah persatuan peniaga, bahkan mereka yang berniaga sendiri pun cuba mengambil inisiatif menawarkan menu RM5 kepada orang ramai.

“Setakat ini ada 29 buah kedai makan yang ada Menu Rahmah dan kita jangka ianya akan bertambah kerana semakin ramai peniaga yang menunjukkan minat,” jelasnya.

Beliau ditemui selepas meninjau pelaksanaan Menu Rahmah di sebuah kedai makan di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir di sini, hari ini.

Saharuddin menjelaskan, daripada 29 buah premis berkenaan, sebanyak 17 di Kuala Terengganu, tiga di Kuala Nerus, dua di Marang, Kemaman, Dungun dan Besut serta satu di Hulu Terengganu.

“Sebuah aplikasi akan dibangunkan kementerian bagi membantu peniaga dari sudut promosi dan pengguna boleh mencari lokasi di mana premis yang menawarkan Menu Rahmah.

“Kemudahan aplikasi itu boleh menarik lebih ramai pengusaha untuk turut serta dalam menawarkan menu ini selain memudahkan orang ramai,” tambahnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya