Zul Huzaimy tawarkan 'hadiah' motosikal RXZ Catalyzer RM43,000 kepada pelanggan bertuah

Zul Huzaimy tawarkan ‘hadiah’ motosikal RXZ Catalyzer RM43,000 kepada pelanggan bertuah

ZUL Huzaimy (kanan) bersama Murtadhatumizi Mustapha menunjukkan motosikal Yamaha RXZ Catalyzer yang menjadi hadiah cabutan bertuah semasa Majlis Pelancaran Baju Melayu Intan Berlian Exclusive di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pelakon terkenal Zul Huzaimy menawarkan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ Catalyzer bernilai RM43,000 sebagai hadiah kepada pelanggan bertuah yang membeli baju Melayu berjenama Intan Berlian Exclusive.

Zul Huzaimy berkata, sebagai salah seorang rakan kongsi kepada jenama baju Melayu itu dia berbesar hati menjadikan motosikal keluaran 2009 sebagai hadiah utama cabutan bertuah kepada pelanggan terpilih.

“Motosikal ini saya beli seminggu lalu daripada seorang pempengaruh. Cabutan bertuah yang bermula 1 Januari lalu itu akan berlangsung selama empat bulan.

“Pemenang bagi cabutan bertuah ini pula akan diumumkan seminggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Baju Melayu Intan Berlian Exclusive di sini hari ini.

Zul Huzaimy memberitahu, pembeli akan diberikan kupon ke atas setiap satu pembelian baju Melayu tersebut dengan harga RM199 dan layak menyertai cabutan tersebut.

Katanya, baju Melayu Intan Berlian itu menawarkan pilihan 10 warna menarik yang mampu ‘mencairkan’ hati para pembeli.

“Kita menyasarkan sebanyak 100,000 pasang berjaya dijual pada tahun ini dan ia mampu dicapai dengan duta yang telah dilantik iaitu pelakon Hafidz Roshdi, Kamarool Yusoff dan pempengaruh Pok Jak Vintage,” ujarnya.

Selain motosikal Yamaha RXZ Catalyzer sebagai hadiah utama, sebuah lagi motosikal Yamaha Y15ZR turut menjadi hadiah istimewa bersama beberapa hadiah lain termasuk barangan kemas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.