Wilkin, Darren Lok 'pikat' pasukan Liga Utama Thailand

Wilkin, Darren Lok ‘pikat’ pasukan Liga Utama Thailand

AKSI cemerlang Stuart Wilkin berjaya menarik perhatian pasukan Port FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Port FC, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali dengan panggilan Madam Pang mengakui terpikat dengan dua pemain kacukan Stuart Wilkin dan Darren Lok.

Madam Pang

“Ketua pasukan anda bernombor 11 akan bermain di Thailand bersama Ratchaburi FC (Safawi Rasid) dan juga seorang lagi bersama Buriram United (Dion Cools) di mana dia tidak bersama saingan (Piala AFF) kali ini.

“Sudah tentu saya bukan hanya datang untuk skuad kebangsaan saya, tetapi juga memantau dan melihat pemain-pemain dalam kejohanan ini juga (Piala AFF).

“Saya ada lihat ketika perlawanan dengan Singapura dan semua juga ada melihat persembahannya. Anda mempunyai ramai pemain yang bagus dan saya melihat pemain anda bernombor 8 (Wilkin) dan 9 (Darren Lok), tetapi sebenarnya semua (pemain) juga bagus.

“Tapi saya lihat pemain nombor 8 menjaringkan dua gol ke atas Singapura. Permainan yang baik dan kerjasama berpasukan yang bagus,” katanya pada sesi santai bersama media Malaysia di sini, hari ini.

Wilkin mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak dua gol ketika membantu Malaysia menumbangkan Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B untuk meraih kemenangan 4-1, dengan Darren Lok turut menjaringkan gol selain Sergio Aguero.

Port FC kini menghuni tangga ketujuh daripada 16 pasukan dalam saingan Liga Utama Thailand, dengan Buriram United di kedudukan pertama.

Ketika ini liga di negara itu berhenti rehat bagi memberi laluan kepada saingan Piala AFF.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya