Salah seorang wakil dalam Lembaga Pengarah LHDN perlu undur

Seorang wakil dalam lembaga pengarah LHDN perlu undur , beri laluan kepada lantikan Sarawak

FADILLAH Yusof ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan kepada warga emas OKU yang bakal menyambut Tahun Baharu Cina, di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Salah seorang wakil kerajaan dalam Lembaga Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu mengundur diri bagi memberi laluan kepada wakil Sarawak dan akan dilantik semula menjadi Lembaga Pengarah sebaik sahaja menjadi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Akta 1995 diluluskan dalam Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, LHDN mempunyai komposisi tiga wakil kerajaan dan bukan kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kewangan dan cukai.

“Sepatutnya Rang Undang-undang perlu dibentangkan bagi meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) 1995 di Parlimen pada penggal ini.

“Bagaimanapun, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semalam, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan untuk melantik Setiausaha Kewangan Sarawak (Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar) ke dalam Lembaga Pengarah LHDN,” jelasnya. 

Ujar Fadillah lagi ini bermakna salah seorang ahli Lembaga yang mewakili Kementerian Kewangan (MOF) perlu meletakkan jawatan dan kita akan melantik semula wakil MOF ke dalam Lembaga Pengarah selepas Akta LHDN dibentangkan dan diluluskan di Parlimen kelak. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada golongan memerlukan Sungai Tengah Matang sempena Sambutan Tahun Baru Cina (CNY) di Dewan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Jalan SungaiTengah di sini hari ini.

Fadillah yang juga merupakan Menteri bertanggungjawab bagi rundingan MA63, turut mengulas mengenai pemberian khas tahunan kepada Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 112D di mana Sabah dan Sarawak masing-masing akan menerima RM260 juta dan RM300 juta.

Dedah Fadillah lagi, sebelum ini Sabah dan Sarawak hanya menerima RM25 juta dan RM16 juta.

“Di bawah laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), pemberian khas itu perlu disemak setiap tahun. Tetapi ia tidak dilaksanakan sebelum ini. 

“Sabah sebenarnya telah mengadakan rundingan dengan kerajaan Persekutuan ‘Keluarga Malaysia’ (di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) di mana mereka telah bersetuju untuk sementara (untuk jumlah tertentu) tetapi Sarawak tidak bersetuju kecuali ada formula.

“Justeru, selepas mesyuarat (semalam), kita telah mencapai kata sepakat berhubung pemberian khas itu walaupun formulanya masih belum dimuktamadkan. Kita akan memuktamadkannya dan dengan ini, kita berharap mendapat justifikasi yang jelas mengenai peruntukan tahunan itu,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya