Piala Dunia: Korea Selatan kempunan ke separuh akhir

Piala Dunia: Korea Selatan kempunan ke separuh akhir

PEMAIN Korea Selatan, Jeong Junwoo diasak pemain Belanda dalam aksi suku akhir Piala Dunia Hoki 2023 di Stadium Kalinga sebentar tadi. - FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA: Wakil tunggal Asia, Korea Selatan terpaksa akur dengan kemampuan finalis edisi 2014 dan 2018, Belanda apabila tewas 1-5 pada aksi suku akhir Piala Dunia Hoki 2023 sebentar tadi.

Kekalahan di Stadium Kalinga, Bhubaneswar itu meranapkan impian Korea Selatan untuk memahat nama sebagai empat pasukan terbaik pada edisi kali ini.

Pasukan No.9 dunia itu bermula baik apabila berjaya mengekang asakan Belanda dalam suku masa pertama sebelum gawang mereka akhirnya bolos menerusi gol padang Koen Bijen pada minit ke-27.

Bijen kemudiannya menggandakan kedudukan buat Belanda berselang empat minit kemudian sebelum Justen Blok meledak gol ketiga pasukan No.4 dunia itu pada minit ke-36.

Dua lagi gol Belanda dijaringkan Steijn van Heijningen (m-50) dan Teun Beins (m-57), manakala Seo Inwoo meledak jaringan tunggal buat Korea Selatan pada minit ke-51.

Lawan Belanda di separuh akhir pada Jumaat ini ialah Belgium yang mara selepas menewaskan New Zealand 2-0 semalam.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan pertemuan antara Australia menentang Jerman yang menewaskan England 4-3 menerusi penalti shoot-out selepas terikat 2-2 sebentar tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.